BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Sunday, March 11, 2012

**Aku baHagiaa**

ku relakan hati berjalan di atas kaca..
menusuk ke dalam sanubariku..
sehingga berbekas dan berdarah..
namun ku pasrah..
ku tempuhinya walau amat perit..

ku tusuk-tusuk kaca itu...
seolah-olah tiada merasa kesakitan...
mendongak ke langit memohon petunjuk dan diberi kekuatan..
masih lagi berdarah..
namun ku tetap bertahan..
sehingga aku ketemu sebuah perasaan yang tiada nilai..

perasaan yang merelakan..
perasaan yang tiada berbelah bagi,
perasaan yang belum pernah ku rasakan..
iaitu kebahagiaan dipenghujung kesakitan...

sungguh aku bahagia..
tatkala perit menjemput..
namun ku pasti..
ku mampu utk menempuhinya..

kini aku girang...
aku tidak lagi perit..
aku merelakan..
aku menerima darah dan kesakitan itu sebagai kekuatan..
dalam menjalani kehidupanku...

kesakitan, keperitan, pendarahan itu sudah lali bersama..
sehingga tiba satu waktu aku menjadikannya sebahagian dari kebahagiaanku...
tidak lagi ku merasa sakit.. tidak lagiii....
aku bawa kaki bersama hatiku..
melangkah, melangkah dan terus melangkah..
akhirnya kutemui kebahagiaan yang kekal abadi..
disebalik tusukan kaca itu...

kubiar kaca itu menusuk hati ini bertubi-bertubi..
kerana ku yakin dengan janji Allah...
kerana ku percaya dengan hatiku..
kini kebahagiaan itu menyulam kedalam senubariku...
terima kasih ya Allah...
hati yang berjalan di atas kaca itu..
telah kau beri sinar kebahagiaan....
yang hakiki..
dan itulah nikmat yang kurasai....
 :

No comments:

Post a Comment