BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Monday, January 14, 2013

^_^~aPam versi jari kOntOt~^_^

Alhamdulillah.. diberi kesempatan waktu dan semangat yang berkObar-kObar untuk menyediakan apam special untuk gift di hari perkahwinan sahabat cha nie... dengan itu, misi mencari menu dan ini adalah first time cha buat apam... haha... menu telah dikenal pasti.. sukatan cawan.. kan lagi senang.. tak payah susah-susah pakai timbang... Okehh.. untuk yang pertama kalinya. cha tak de pemukul kek tue.. sO guna tangan je lah... hasilnya.. tak memuaskan sebab apam tu berat... sO cha cuba sekali lagi.. semata-mata nak buat apam tue.. cha sanggup laburkan duit RM 60  untuk beli pemukul kek tuh... harga sebenar RM 68 tapi cha tak suka beli barang yang fix price.. sO dengan slumbernya cha mintak la diskaun.. haha.. memang dari dulu kalO kawan-kawan cha nak beli barang pOn mesti bawak cha.. sebabnya nak sOh cha mintak harga terbaek punya... haha... mulut murai n manis cmnieh.. sape la tak nak bagi kan.. kah3... Okiess da resepi...

bahan-bahan:

2 biji telur
2 sudu besar esen vanila
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecil ovellete

jem strawberi untuk filling *ikut citarasa masing2*
pewarna yang disukai
cawan kertas

langkah memasak:

1. masukkan telur, esen vanila, gula ke dalam bekas kemudian dipukul hingga kembang.. pastikan bewarna putih dan jadi seperti cream pukul dari 8-10 minit dengan kelajuan max...

2. masukkan susu cair, kemudian tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sehingga habis dan kemudian pukul rata dan sebatikan.

3. bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian, bahagian kedua adunan sedikit sahaja (untuk melukis) dan letakkan pewarna mengikut warna kesukaan anda.. cha pakai warna pink dan biru..

4. panaskan pengukus anda dengan api sederhana

5. tuang adunan pertama separuh cawan kertas, kemudian letakkan filling strawberi tadi dan tuang lagi separuh adunan sehingga penuh..

6. lukis bentuk kesukaan anda menggunakan adunan kedua.. lagi senang nak lukis kalo letak adunan tu dalam plastik then potong sikit pada bucu plastik tuh

7. masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas pengukus tersebut

noted!!
~ kalau tak nak bau hanyir telur lebihkan esen vanila pon tak pe..
~ gula dan susu boleh kurangkan bagi yang tak nak manis..
~ jem gunakan jem pejal untuk elakkan jem tersebut melimpah/ turun ke bawah.
~ balut penutup pengukus dengan kain kering yg tebal untuk elakkan wap air jatuh di atas apam.. ada orang buat letak kain basah atas penutup pengukus.. boleh jugak.. mane2 pon boleh...
~ kenapa berat or tak naik??? sebabnya pukul tak kembang tu la sebab berat.. untuk yang tak naik dan tak gebu sebab tak da ovellete..

HASILNYAAAA!!

kalau nak buat tempahan pun dialu-alukan
RM 18- 50 biji
RM 35- 100 biji 
email kepada roza_ceria@yahoo.com
@ call 0133159015 =)

2 comments: