BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Saturday, May 19, 2012

ll PERKAHWINAN ll

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu. ” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ” Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


p/s: terpikir!! betOl jugakkan.. kalau laki tak pikir semua nieh cmne nak jdik ketua??.. Renung2kan.. selamat beramal =)


sekadar hiasan.. sjuk mata memandang =)

No comments:

Post a Comment