BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Sunday, March 25, 2012

l PERGILAH l

malam adalah waktu terbaik untuk muhasabah diri...
kerana malam..
punyai seribu satu keajaiban..
jari kOntOt ini mula tidak dapat dikawal..
setelah hati memaksa untuk meluahkan...
satu-satu perkataan ditaip untuk dijadikan ayat..
membuat penyusunan yang terbaik..
supaya ayat itu tidak langsung menyakiti mana-mana pihak..
nanti mungkin dianggap perli..
padahal sedikit pon tidak terniat..
cuma sekadar berkongsi..
apa yang baik jadikan perangsang hidup..
dan apa yang kurang baik... 
sama-sama kita perbetolkan untuk masa depan...

khas buat insan yang masih lagi ku sayang...
sekarang aku puas... kau bahagia...
walau tidak dapat kulihat...
tapi aku dapat merasainya...
pilihanmu adalah tepat..
memberi kasih sayangmu..
pada orang yang sudi menerimamu seadanya...
yang sentiasa memberi semangat padamu..
yang sentiasa berada disampingmu...
yang sentiasa memahamimu...
yang sentiasa membuatmu bahagia...

Alhamdulillah... 
aku cukup merasa bahagia..
andai kau bahagia...
aku selalu mendoakan kebahagiaan untukmu...
jagalah dia seperti bidadari hatimu...
buatlah dia sentiasa bahagia bila bersamamu...
janganlah kau sakiti dia dengan kesalahan yang kecil..
jangan kau marah dia...
jangan kau mengeluarkan kata yang boleh buat hatinya terluka..
jangan kau lakukan pada dia seperti apa yang kau telah lakukan pada aku..
anggaplah dia jodohmu yang terakhir...
aku hanya boleh mendoakan kebahagian kamu berdua...
selebihnya kau aturkanlah perjalanan hidupmu sendiri...
kau corakkanlah supaya ia menjadi pelangi...

Aku tidak sedikit pun menyimpan dendam walaupOn dalam hati..
tidak sedikit pun...
malah aku tidak pernah melupakan kau..
kerana kau juga adalah insan yang pernah membahagiakan aku..
aku menerima seadanya..
aku menerima keputusanmu dengan redha..
sekelumit pown kau tak menyakitkan hati aku..

pergilah sayang...
pergilah mencari cintamu yang hakiki..
jangan kau pandang lagi kebelakang..
andai hatimu telah berkata..
dialah untukmu..
teruskan perjuangan menawan hatinya..
dan menjadikan dia isterimu yang sah....
buatlah keputusan yang terbaik dalam hidupmu...

pergilah.. aku disini sentiasa mendoakanmu..
sentiase menyokongmu...
sentiasa memberi apa yang ku mampu..

andai kau memerlukan ku...
dan menganggap akulah sahabatmu...
doakan juga agar hidupku bahagia...
aku tak pernah buang kau dari hati aku...
aku juga tak pernah buang kau dari hidupku...
aku SENTIASA ada..

saat kau perlukan aku..
jangan kau rasa segan..
jangan kau rasa sangsi..
jangan kau rasa rendah diri..
aku sedia ada untuk kau....
hubungilah aku... anggaplah aku sahabatmu..
bukan musuhmu....
pergilah mengecapi apa yang kau mahu...

p/s: khas untukmu- MR.S...
perpisahan sekarang bukan pengakhiran cerita di masa hadapan....=)

No comments:

Post a Comment