BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Thursday, August 18, 2011

~~DOA seorang KEKASIH~~

setiap manusia punya hati dan perasaan...
untuk disayangi, menyayangi, dicintai dan mencintai..
kadangkala dugaan yang datang akan menguji sejauhmana hubungan dapat dikekalkan..
hanya orang yang sabar, tabah, dan kuat sahaja mampu mengekalkannya..
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286)
andai itu jodoh kita... maka ape saja halangan yg dtg dier tetap jdoh kita...
kata Allah  KUN FAYAKUN... jadilah!! maka terjdilah ia... tiada ape pon dpt menghalangNya..
sesungguhnya kuasa Allah S.W.T tidak dapat ditandingi..
semua adalah milik Allah..
terpulang pada kita bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, dan akal fikiran utk kita gunakan sebaiknya ke jalan yg diredhai...
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45) 

Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

-DOA seorang KEKASIH-


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu kita lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah, 
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186) 

No comments:

Post a Comment