BiLeR JaRi MuLew GaTaiii..aipsss

U FoLLoW... I FoLLoW...

Thursday, April 08, 2010

-BROTHER LOVE-



Apa pendapat you all jika I katakan, “CINTA itu hidup! bernafsu!…dan bisa menggoncang dunia!”
Cuba perhatikan dan ingat-ingatkan, pernah tak anda melalui pengalaman ini, atau pernahkan anda melihat kawan-kawan atau saudara mara yang melakukan perkara-perkara yang tersenarai di bawah ini :-
  1. Kerana cinta, walau letih macamana sekali pun, apabila diminta melakukan sesuatu, dia sanggup bangun dari tidurnya, bangkit dari longlainya, bersemangat melakukan apa yang diminta.
  2. Kerana cinta, walau perkara yang paling dibencinya…dia sanggup menempuhi dan cuba menyukainya hanya kerana dia yang dicintainya itu suka dan mahu dia bersama-sama menyukainya.
  3. Kerana cinta, walau jauh macamana sekali pun dia sanggup pergi mendapatkannya. Walau ia mengambil masa yang lama untuk sampai, dia sanggup travel jauh, berulang alik, demi dia yang dicintainya.
  4. Kerana cinta, walau betapa mahalnya sesuatu barang itu dia sanggup berhabis wang ringgit, bergolok bergadai demi membahagiakan dia yang dicintainya.
  5. Kerana cinta, walau dimana saja anda berada, diseluruh pelusuk dunia, dia akan hubungi anda, hanya semata-mata mahu mendengar suara anda, hanya mahu bercanda di talian.
  6. Kerana cinta, walau sudah berkurun lamanya, dia tetap mengingati setiap tarikh, setiap detik dan waktu, segala-gala saat penting, hari-hari penting dia yang dicintainya.
  7. Kerana cinta, walau malu macamana sekalipun di depan orang ramai, dia tetap mahu datang berjumpa dengan dia yang dicintainya. Mahu menunjukkan dia cinta.
  8. Kerana cinta, walau berkali-kali ditipu, diperdaya, dikotak-katikkan…dia tetap cinta. Dia tetap sayang, tetap rindu, tetap mengatakan tidak…dia tidak curang, dia tidak menipu aku…semuanya, Kerana itulah cinta sebenarnya cinta!
Sesungguhnya, MASIH ada Cinta Sejati!! anda masih berpeluang memilikinya! Dan individu yang punya cinta sejati, pastinya yang mengamalkan almost all in the list above. Persoalannya… adakah dia yang bersama anda, begitu?!
Jika tidak…i feel sorry for you. Kerana jelas sudah, dia TIDAK CINTA kan anda sangat lah. BUT… jika ya, maka nafsu keinginannya untuk bercinta dengan anda cukup-cukup hangat! Malah, jika dia kehilangan cinta anda… jiwanya pasti hancur, hidupnya pasti merana, dan mungkin dia bisa menggoncangkan dunia!
Tanyalah pada diri anda sendiri, tanya seikhlasnya… adakah anda juga begitu? adakah dia begitu? adakah dia yang anda idamkan, begitu? adakah dia yang sudah sekian lama bersama anda, masih mempunyai ciri-ciri begitu?
diciplak dari brother love.....hehehe

No comments:

Post a Comment